Perutusan





Perutusan Jurutera Pembetungan Bahagian



Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di Laman Sesawang Rasmi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Bahagian Kota Kinabalu. Laman Sesawang ini juga diharap dapat membantu dalam memudahkan penyampaian maklumat penting berkenaan fungsian dan perkhidmatan pembetungan diakses dengan mudah serta aduan daripada pengguna dapat disalurkan kepada jabatan ini dengan tepat dan cepat.

Saya juga ingin mengajak seluruh warga JPP Sabah untuk memulakan tahun 2023 dengan semangat yang lebih kental dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Saya berharap agar semua warga JPP Sabah terus bersedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini serta relevan dengan senario semasa bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Marilah kita bersama-sama merapatkan ukhwah, mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan berganding bahu dalam meningkatkan imej JPP Sabah agar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seterusnya memacu kecemerlangan dan kegemilangan JPP Sabah. Mudah – mudahan JPP Sabah akan terus menjadi sebuah agensi yang sentiasa tangkas dan cekap dalam memperkasakan keselamatan perlindunga secara holistik, bersepadu, berimpak tinggi, berkesan dan relevan.

Sekian dan Sabah Maju Jaya.